Dua jenis ayat
Nahu ialah ilmu tatabahasa Arab. Ayat (jumlah) terbahagi kepada dua:
- Jumlah ismiyyah (ayat nama)
- Bermula dengan isim (kata nama). Terdiri daripada mubtada' (subjek) dan khabar (predikat).
- الْفَصْلُ نَظِيفٌ Kelas itu bersih.
- Jumlah fi'liyyah (ayat kerja)
- Bermula dengan fi'il (kata kerja). Terdiri daripada fi'il, fa'il (pelaku) dan kadangkala maf'ul bih (objek).
- كَتَبَ الطَّالِبُ الدَّرْسَ Pelajar itu menulis pelajaran.
